02 June 2013

Adlynn berambut baru

Agak sukar untuk memujuk adlynn memotong rambut kerana dia beranggapan bahawa, kalau rambut di potong pasti akan menjadi botak. Tapi keadaan yang menyebabkan rambut dia di potong ni boleh dikira sebagai tragedi.. Di mana kami dapati rambutnya dipenuhi oleh telur - telur kutu, oleh kerana kutu-kutu itulah kami berjaya memujuk dia untuk memotong rambut kerana dia sangat risau akan kepalanya yang gatal. Ditambahkan lagi oleh cerita ibunya yang kutu-kutu itu akan "membuangnya kedalam sungai". setelah beberapa hari proses pemusnahan, telur-telur kutu berjaya di kurangkan..


Adlynn bermacam ragam

Dah lama rasanya tidak update perkembangan terkini adlynn.. selepas sambutan ulang tahun ke 4 pelbagai peristiwa berlaku.. antaranya, adlynn terjatuh sewaktu bermain di jambatan wawasan putrajaya sehingga menyebabkan benjol kepala. Adlynn juga pulang bercuti di kampung sewaktu pilihanraya..



05 January 2013

Happy Birthday Adlynn yang ke 4

Hari ini, genap usia adlynn 4 tahun. Banyak yang dipelajari dan bermacam ragam ditempuhi sepanjang 4 tahun ini... semoga menjadi anak yang solehah dan taat kepada keluarga.