Pada 25 julai yang lalu, kami sekeluarga berkesempatan untuk pergi bercuti ke Bukit Tinggi Pahang. Pemilihan bukit tinggi adalah kerana jarak yang tidak jauh dari kuala lumpur dan kawasan yang tinggi. Percutian ini memang sudah lama dirancang tapi tidak kesampaian kerana kekangan masa. Sepanjang berada disana Adlynn begitu gembira kerana dapat berada di kawasan baru yang asing. Apa yang cukup mengembirakan adlynn adalah sewaktu menaiki van pengantara antara perkampungan jepun dan colmar. dia begitu teruja menaiki wan yang tidak berpintu dan terdedah. Sewaktu perjalanan pulang, kami singgah di taman arnab dan keldai. Adlynn begitu gembira bermain dengan arnab - arnab yang banyak.
COLMAR TROPICALE
PERKAMPUNGAN JEPUN
TAMAN ARNAB
lawa² tempat...nok keno g skali nih heheh
ReplyDelete