30 November 2010

Adlynn bermain



   Semakin hari semakin banyak perkara yang dipelajari, semakin banyak perkataan yang digunakan. Semakin hari kian bertambah ragam adlynn...

   Salah satu dari hobi baru adlynn adalah mencuba pakaian yang ada di dalam bakul pakaian lamanya (tidak bertutup). Setiap pagi sewaktu cuti hujung minggu, adlynn, sebelum keluar dari bilik akan mengambil satu per satu baju yang terdapat di dalam bakul itu untuk dicuba.

   Dia akan mencuba baju dan seluar yang di rasakan sesuai, tak kira la sama ada gaun, baju hawaii atau leggy dan t-shirt. Selepas dirasakan sesuai, dia akan keluar dari bilik dan bermain dengan mainannya.

   Antara salah satu hobi baru adlynn adalah menyangkut baju atau apa saja yang ada di atas lantai dengan penyangkut baju. Adlynn juga sekarang sudah pandai bermain - main dengan anak patung beruang dan elmo. Kebiasaanya, elmo akan menjadi mangsa ketika makan... segala makanan yang dimakannya akan di suapkan juga ke mulut elmo ini tidak terkecuali susu, sehinggakan mulut elmo telah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

 

Posted via Blogaway on Android

1 comment: