13 February 2011

Adlynn naik bas



Hari ni, kat putrajaya ada karnival WOW putrajaya yang berlangsung selama 3 hari 11-13.2.2011. Kami tak berkesempatan untuk pergi pada jumaat dan sabtu kerana kesuntukan masa. Kami hanya sempat pergi ke karnival pada jam 6.00 petang tadi...

Seperti karnival - karnival lain yang diadakan di putrajaya, pelbagai gerai jualan disediakan. Kami sempat melihat semua gerai jualan... dan adlynn seperti biasa akan mencari barang yang wajib dibeli... iaitu belon upin...

Selepas melawat karnival, kami membawa adlynn menaiki bas kerana telah beberapa hari adlynn minta untuk naik bas. Kami menaiki bas untuk pulang ke rumah dari presint 2. Ibunya menunggu kami di putrajaya sentral. Bas yang kami naiki melalui laluan yang agak jauh.

Adlynn sangat gembira sepanjang perjalanan..


Posted via Blogaway for android

1 comment:

  1. haha' comey..
    nnt kite ronda2 naik bas yek adlynn..
    nnt ajak ayah ngah naik bas KL Hop On Hop Off..
    best giler..hehe~~

    ReplyDelete