18 November 2011

Dah Besar

image from : http://lovelivegrow.com/wp-content/uploads/2011/08/NO_Pacifier.jpg


 Cerita ni agak lama, cerita semasa berlangsungnya Pesta Flora Putrajaya 2011. Setiap malam semasa pesta berlangsung, akan diadakan pertunjukkan kapal berhias di tasik Putrajaya. Nak dijadikan cerita, pada satu malam, adlynn telah mengajak daddynya untuk turun melihat jambatan yang berwarna-warni.

 Oleh kerana waktu itu adalah waktu berlangsungnya pertunjukkan kapal berhias, maka keadaan sesak dengan orang ramai yang meletakkan kenderaan di atas jambatan. Kami berjaya mencari tempat letak kereta betul-betul dia tengah jambatan dan turun untuk melihat kapal yang berwarna-warni melalui bawah jambatan.

 Mungkin oleh kerana terlalu "excited" adlynn telah membuka mulutnya untuk menjerit dan "bluuppp" putingnya telah jatuh kedalam tasik putrajaya. Oleh kerana keadaan jambatan dan tasik terlalu tinggi, maka puting itu jatuh dalam keadaan yang dapat dilihat oleh adlynn. Maka terus meraung dan mengajak kami untuk pulang.. dan dari saat itu, Adlynn sudah tidak hisap puting lagi....


3 comments:

  1. Alololo cian nyer dia... tp bgs jg jatuh kn?

    ReplyDelete
  2. haha..cian yin' tp bagus jugak la.. ada hikmah jatuh puting tuh' hehe..

    ReplyDelete