07 December 2011

Sabotaj fotoshoot adik

  Aryann zafran, selalu menjadi mangsa buli adlynn sekarang. Bagi yang masih ketinggalan mengenai berita ini, sebenarnya adlynn telah menjadi kakak. Aryann zafran telah selamat di lahirkan pada 29 Ogos 2011.
  Sejak menjadi kakak ni, adlynn agak manja dan kedekut. Segala barangan yang sebelum ini adalah miliknya tidak boleh dikongsi dengan adik. Dari bantal, tuala hinggakan ke booties, adik yang masih tidak mengerti apa-apa itu menjadi mangsa kakak.
  Walaupun kedekut dengan adiknya, sifat ke"kakak"an nya jelas apabila adlynn selalu cium dan menepuk adik. Walaupun kadang-kadang kami terpaksa berjaga-jaga bagi mengelakkan adlynn dari mencakar adiknya.
   Pada ahad lepas, kami bercadang untuk mengadakan sesi fotoshoot untuk aryann bagi memuatkan kedalam blog aryann. So, macam biasala, adik biasa-biasa saja tapi si kakak yang lebih "fotogedik"






3 comments: