25 May 2012

Hari minggu adalah hari untuk bersama keluarga, banyak masa dihabiskan bersama-sama, sama ada bersiar-siar, ronda-ronda atau menghabiskan wang di pusat beli belah. Sewaktu kami bersiar-siar di salah satu pusat membeli belah terkenal, adlynn seperti biasa akan mencari tempat yang menjadi kesukaan nya iaitu bahagian mainan.

Walaupun tidak membeli, dia tetap akan pergi ke bahagian mainan untuk melihat-lihat. Sewaktu berpusing-pusing mengejar adlynn dibahagian alat mainan, kami ternampak satu mainan yang agak menarik perhatian. Mainan yang dimaksukkan adalah anak patung kecil yang kelihatan seperti adlynn sewaktu kecil-kecil dahulu. 

Walaupun bercadang hendak membeli mainan itu, kami terpaksa melupakan hasrat itu kerana harga yang tidak munasabah langsung.



No comments:

Post a Comment